|
SembilanPuluhLapan.
| |
|
Auni Lee. ![]() "Rasa seperti baru keluar dari perut ibu." Syukran.
Layout: vehemency
|
Monday, 17 December 2012
Kisah Nabi Ismail A.S.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Marilah sama sama kita mulakan entri kali ini dengan Bismillahirrahmanirrohim. Lama juga tak kemas kini entri baru kan. Hm, kali ini alasannya bukan sibuk tetapi baru je pulang ke Kuala Lumpur. Minggu lepas pulang ke kampung tercinta. Ceeeh, ayat aku nak puitis sahaja. Hahahaha.
Pada entri kali ini, aku ingin berkongsi tentang kisah Nabi Ismail A.S yang telah diceritakan oleh ibu pada petang tadi. Sedang menolong ibu lipat kain baju semua, aku berceritalah tentang salah seorang saudaraku pada ibu. Tiba tiba, ibu pun memulakan cerita beliau.
Haritu, ibu ada baca tentang kisah Nabi Ismail A.S dalam majalah SOLUSI dan ibu pun menceritakan pada aku. Kisahnya begini;
Pada suatu hari, bapa kepada Nabi Ismail A.S iaitu Nabi Ibrahim A.S telah pergi ke rumah Nabi Ismail A.S untuk bertemu dengan anaknya. Tetapi, anaknya keluar bekerja, hanya menantunya sahaja yang berada di rumah. Tetapi, menantunya tidak mengenali bahawa Nabi Ibrahim A.S adalah bapa mertuanya. Nabi Ibrahim A.S bertanya kepada menantunya, 'boleh aku berjumpa dengan Ismail?'. Menantunya menjawab, 'Ismail tiada di rumah, dia keluar bekerja.' Lalu, Nabi Ibrahim A.S pun bertanya, 'bagaimana kehidupanmu bersama Ismail?'. 'Hidup kami susah, kami tiada apa apa.' jawab isteri Nabi Ismail A.S. Bapa mertuanya pun berkata, 'apabila suami mu pulang, beritahu dia tukarlah bendul rumah ini.' Isteri Nabi Ismail A.S sangat pelik.
Apabila Nabi Ismail A.S pulang, isterinya memberitahu tentang lelaki tua yang datang ke rumah mereka. Lalu, Nabi Ismail A.S berkata 'itulah bapaku.' dan 'bendul itu adalah engkau, dia menyuruh aku agar menceraikan engkau.' Jadi, mereka pun bercerai.
Setelah itu, Nabi Ismail A.S telah berkahwin dengan seorang wanita lain. Perkara yang sama juga berlaku. Nabi Ibrahim A.S berjumpa dengan menantunya manakala menantunya tidak mengetahui bahawa dia adalah bapa mertua. Nabi Ibrahim A.S menanyakan soalan yang sama kepada menantu keduanya itu. Maka, menantunya menjawab, 'Alhamdulillah, kehidupan kami sangat bahagia dan aku sentiasa mensyukuri apa yang telah diberi oleh Allah S.W.T.' Lalu, Nabi Ibrahim A.S meninggalkan pesan, 'beritahu suami mu, agar jangan menukarkan bendul rumah ini.'
Setelah Nabi Ismail A.S pulang, isterinya menceritakan perkara yang berlaku. Nabi Ismail A.S menjawab, 'Itulah bapaku.' dan 'bendul itu adalah engkau, dia menyuruh aku agar menjaga engkau dengan seelok eloknya.'
Tammat sudah kisah tentang Nabi Ismail A.S. Alhamdulillah. Jadi, pengajaran daripada kisah tersebut adalah;
Itu sahaja, untuk entri kali ini. Semoga apa yang aku kongsikan, dapat kita ambil iktibar. Lailus saidah, ma'assalama. Assalamualaikum. :)
|

