SembilanPuluhLapan.
SembilanPuluhLapan.
Auni Lee.

Islam, Malaysian, girl, student, A muslimah, A khalifah of Allah SWT and an ummah of Rasulullah SAW. Allah always with me, anytime, anyhow and anywhere.

"Rasa seperti baru keluar dari perut ibu."

Syukran.

Layout: vehemency
Icon: reruntherace

Wednesday, 5 December 2012
Kenapa semua orang marahkan kaksu?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Haaaaaaaaaaaaaaaai! Selamat pagi. Hihihi. Waktu menunjukkan tepat jam 2.15 AM. Hm, tadi dah berazam nak tidur awal. Lepas jam 10 terus nak tidur, tetapi... Jeng jeng. Hahaha. Orang tu call kita lah. Rindu lettew. Elelele. Stop it Auni ._. Takde kaitan dengan tajuk langsung. Selepas puas bergayut macam monyet tadi. Opss. Takdelah sampai tahap gitu. Biasalah, telefon. Mestilah bersembang hal semasa kan. Semasa lah sangat ;p Hahaha.
Sembang punya sembang, mata pun dah nak tutup. Tiba tiba, Aqilah datang dengan muka monyok dia. Aku pun macam, 'haih, pehallah masa masa macam ni nak buat muka macamtu. Maleh betui nak melayan eh.' Dia pun mula mengadu, dia kata 'Kenapa semua orang marahkan kaksu?', 'Kenapa semua orang lebih sayangkan Doni daripada kaksu?' dan macam macam lagi soalan yang serupa macam itu telah diajukan pada aku. 

Hm, sebagai seorang kakak yang mithali lagi comel. Aku pun dengan setia mendengar celoteh Aqilah, sambil dia menangis teresak esak. Mula mula rasa mengantuk sangat dan rasa macam menyampah pun ada. Malas nak layan lagilah ada. Lama lama, rasa macam nak jadi Ustazah Asni Mansor lah. Nak motivate dia sikit. Supaya dia tahu yang kitorang satu keluarga ni sayangkan dia sebenarnya. 

Dia mengajukan beberapa persoalan yang aku sendiri dapat rasakan aku berada dalam diri dia. Alaaa, biasalah budak budak. Dia berkata, 'ibu dengan ayah tu, kalau depan kawan kawan semua burukkan kita, anak orang lain semua puji puji.' Lalu, aku menjawab 'Itu kerana, ayah dan ibu tak mahu kita terlalu bangga dengan puji pujian. Biarlah kita tahu, yang sebenarnya ramai lagi yang lebih hebat, lebih pandai, lebih bagus daripada diri kita. Kita kena ingat itu!' 

'Kenapa semua orang asyik menangkan Doni je? Siapa kaksu ni?' Hm, aku menjawab. 'Doni itukan seekor kucing. Seekor binatang yang disayangi Rasulullah S.A.W. Adik kenal tak Abu Hurairah?' 'Hm, tak.' 'Hah, dia tu salah seorang sahabat Rasulullah, dia suka dan sayang sangat pada kucing. Sampaikan Rasulullah, beri gelaran Bapa Kucing padanya. Abu Hurairah itu bermaksud bapa kucing. Jadi, kita tak bolehlah nak dera haiwan sesuka hati tahu.' Aqilah pun berkata, 'Alaaa, kaksu minta maaf lah. Tadi kaksu tengah marah sangat. Tak tahan dengan semua orang.' Aqilah pun memeluk Doni sambil berkata, 'Doni, kakak minta maaf tau. Kakak tak sengaja tadi. Sowwwy.' Hihihi. Comelnyaaaaaaaaaaaaaaa ;)

Sambungan cerita tadi, yang pasal Aqilah kata dia marah tadi. Hm, aku menjawab 'Marah itukan sifat syaitan. Semakin kita marah, makin syaitan suka. Syaitan lagi cucuk cucuk hati kita, kata "marahlah lagi marahlah lagi" Kita kena sentiasa sabar dan paling penting, Ingat  ALLAH SWT!' 'Okay kakak sayang *sambil mempamerkan senyuman yang menyenangkan hati aku*'

Selepas itu, sengajalah aku selitkan unsur unsur menangis sikit. Hihihi. Saja je, nak tengok sejauh mana kasih sayang dia pada kakak dia sorang ni. Aku berkata, 'Adik tahu tak, kalau Allah berkata "KunFayaKun", "jadi maka jadilah ia". Contohnya, kalau Allah berkata hari ini Nur Auni Athirah binti S.Rosli dia jatuh tangga, patah kaki.' Aqilah dah menitiskan air mata, dia pun memukul aku dan berkata. 'Ish, kakak ni. Allah dengar tau apa yang kakak kata. Nanti kalau jadi betul betul kesian adik. Takde siapa nak temankan adik pergi mana mana.' Hihihihihi. Sayang juga Aqilah pada kakak dia ni ;) 

Alhamdulillah. Setelah reda semuanya, Aqilah mengajak aku pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Memandangkan mata ni masih cerah, aku pun bersetuju dan terlihat laptop ni ternganga je. Apa lagi, aku pun ambillah kesempatan yang ada. Itu yang tiba tiba gatal pula tangan ni nak menaip. Tuptup, ada idea.  Terus kemas kini entri baru. 

Hm, baiklah. Lagipun, rasanya dah terlalu banyak perenggan aku menaip. Ikutkan hati, nak je menaip lagi sampai lembam jari tangan ni. Hahaha ;p Tapi, kehabisan idea lah pulooooooooook. Hahaha. Okaylah, Assalamualaikum :)

Nota kaki: "Kasih sayang itu datangnya daripada Allah, hargailah ia." :) Ingat nak letak gambar, tapi line pula mencemburui aku. :( Hmm, takpelah. Mungkin takde rezeki. :)