|
SembilanPuluhLapan.
| |
|
Auni Lee. ![]() "Rasa seperti baru keluar dari perut ibu." Syukran.
Layout: vehemency
|
Wednesday, 19 December 2012
Dua minggu.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai, apa khabar? Alhamdulillah, sihat sihat semuanya ya :) Hihihi. Hm, dua minggu. Ya dua minggu. Dua minggu lagi sekolah akan bermula. Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaay! Ini suka ni, teruja sangat nak pergi sekolah. Almaklumlah, 2013 tahun terakhir PMR. Ana tergolong dalam golongan 98', siri terakhir yang ambil PMR. Mohon doa kalian. In Shaa Allah, lepas ni ana akan cuba jadi lebih matang daripada sebelum ini. Hm, sebelum ni memang dah matang cuma perangai mengada ngada dengan kawan baik sendiri tu masih ada. Tahun depan, dalam kelas memang ana kena berdikari lah nampaknya. Nurfatin Afifah intan payung busuk ana tu duduk kelas sebelah. Alhamdulillah, ana masuk 3A. Fatin kelas 3B. Memanglah kelas sebelah sebelah, tapi sedih sangat sebab tak dapat nak duduk bawah ketiak dia dah. Hm. Tapi, ana pasti ada kebaikan yang Allah nak tunjuk. Yela, kitorang bila duduk sama sama je mesti mulut tak berhenti henti dok potpetpotpet. Awwww, ada je benda yang kitorang nak cakap. Itulah, inilah. Macam macamlah. Mungkin kalau kitorang sama kelas tahun depan, takut mulut ni tak berhenti bersembang pula. Tapi, takpe ERT masih boleh jumpa. Masa PJK, pun boleh lompat sama sama. Rehat pun boleh makan bersuap sama sama. Hihihi.
Sama tak muka? ;p Hahaha. Sudah tentu tidak en en. I love you @NurfatinAfifah_
Baiklah, kalau nak diceritakan tentang persahabatan kitorang memang entah bilalah nak masuk tajuk dua minggu tukan. Hm, sambil menaip ni call dia sekejap. Tapi, tapi... hm apakan daya. Lepak gerai, tengah makan pula. Taknak lah kacau, karang tersedak sedak, termuntah muntah pula. Hahaha. Baru ingat nak lepas rindu wuuu. MINTA BALDI BESOR BOLEH? K.
Nampak tak ketekunan ana disitu? ;p Hahaha.
Dalam masa dua minggu ni masing masing sibuk, sibuk belajar, sibuk siapkan barang sekolah apa semua. Alhamdulillah, semua dah beli. Semua dah lengkap. Tapi, kebanyakkannya banyak guna barang lama. Takpelah, kita dalam hidup ni kena bersederhana tak perlu semuanya nak beli baru kalau yang lma tu masih elok dan boleh dipakai lagi. :) Ana tak tahu kenapa dalam masa dua minggu ni ana baru kalut nak buka buku, nak baca sikit sikit. Hah, baru teringat kerja KH yang Cik Ang bagi pun ana tak siapkan lagi. Haih, Auni Auni. Penampar karang baru tahu.
Alhamdulillah, lepas baca buku ni semua persoalan ana terungkai. Tenang hati ini.
Cuti sekolah ni ana banyak habiskan masa depan komputer riba sahaja. Hahahha. Depan telefon bimbit pun banyak juga, tapi akhir akhir ni kurang sikitlah. Sebab, dah nak mula sekolahkan. Sibuk banyak bukannya sikit. Takpelah, biar jarang berhubung dengannya tapi jangan lupa banyakkan berhubung dengan Allah ;) Itu lagi lagi lagiiiiiiiii penting. Important U KNOW? Hahhaha. Lama tak taip macam tu, dulu selalu taip macam tu dengan Ateyn. K. Rindu.
Sekarang ni pun, dalam proses belajar bahasa syurga (Arab) sendiri.
Dulu masa sekolah rendah agama, selalu belajar Arab. Nama Uztazah Raihana masih segar dihati dan diingatan. Beliaulah guru Arab dari darjah satu sampai darjah enam. Belajar Arab sesuatu yang seronok, tapi ana ni tak tahulah kenapa tak boleh nak faham faham. Baru sekarang nak segarkan balik otak ni dengan Bahasa Arab. Itulah, dulu banyak main sangat. Alhamdulillah, sekarang ni belajar dengan anak beliau pula. Akak Atiq, dia ajar ana dekat Twitter je. Amacam? Inilah gunanya teknologi. Tapi, dia sudah berumah tangga sekarang. Dah jarang on Twitter. Tapi, takpe nasib beli kamus ni masa darjah 6. Selalu selalu juga lah ana baca baca untuk lebih menajam dan memahamkan diri sendiri. Kadang kadang cari cari dekat internet juga.
Uhibbu Lughatul 'Arabiah <3
Dalam tengah bosan bosan dua minggu ni, nyanyilah lagu Number One For Me- Maher Zain.
Hm, dulu Maher Zain tu crush ana. Tapi, lepas dah tahu dia dah kahwin terus crush dekat lagu lagu dia je. ;p Hahaha. Tahpape betul ana ni. Annoying sungguh. Hah, lepas ni kalau nak dengar ana nyanyi lagi ni. Boleh je, nanti ana masuk dalam mimpi korang eh. Hahahhaa. Bajet macam suara sedap je. Eh, perhatian perhatian! Dulu saya ni, bekas vokalis kumpulan nasyid sekolah rendah agama untuk tiga tahun berturut turut tau (Kumpulan Al-Maherah). Amboi, riak nampak. Eh, tidak tidak. Hanya ingin berkongsi kenangan sahaja. Hihihi. Jangan marah aaaa. :)
Omeynyaaaaaaaaaaaa :* hihihi. Kebanyakkan hadiah hari lahir tahun ni banyak orang bagi teddy bear omey omey ni.
Yang paling sayang? Hm, semua sayang! Tak adil pula kalau pilih pilih. Orang dah bagi, tak perlu nak pertikaikan yang mana paling sayang ke apa ke. Bersyukur sudah. Yang kucing gegirl putih tu, Ain Naziha yang bagi. Teddy bear coklat tu, senior form 3 yang bagi. Hello Kitty yang pandang belakang tu, makde dan Kak Nur bagi. Teddy merah berpolka dot putih tu Aqilah adik tersayang bagi. Yang dua belakang tu beli sendiri. Hahaha. Yang penting, terima kasih kerana memberi. ;)
Benda inilah yang selalu ana hadap pagi petang siang malam.
Sampai tak tidur malam dibuatnya, haih. Tapi, Alhamdulillah solat tak tinggal kerana Twitter. Kerja rumah semua siap. Buka Twitter bila ada masa dan line internet yang sangat baguih je. Sekarang ni line tengah baguih lahni sebab tu boleh kemas kini entri baru. Tahulah semua rindu nak baca entri baru en *bunyi cengkerik* K.
Hahahaha. Sampi sini sahaja entri kali ini. Kesimpulannya, sekolah dah nak mula. PMR semakin mendekati. Doakan ana ya. Maafkan kesalah ana. Walaupun kita tak kenal, tapi mungkin ana ada tersindir ke apa ke. Maaf ya. Lailus Saidah, Ma'assalama. Barakallah. Semoga kita sentiasa dibawah payung keredhaan Allah. In Shaa Allah. Yang baik datang dari Allah yang Esa. Yang buruk datang dari ana. Assalamualaikum. :)
Nota kaki; entri kali ini memang banyak gambar, hihihi.
|

