SembilanPuluhLapan.
SembilanPuluhLapan.
Auni Lee.

Islam, Malaysian, girl, student, A muslimah, A khalifah of Allah SWT and an ummah of Rasulullah SAW. Allah always with me, anytime, anyhow and anywhere.

"Rasa seperti baru keluar dari perut ibu."

Syukran.

Layout: vehemency
Icon: reruntherace

Monday, 17 December 2012
Bicara: Wanita Berwatak Muslimah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hm, jam komputer riba ayahku ini sudah menunjukkan tepat jam 1:56 AM. Tetapi, aku masih belum tidur. Ya Allah, mata ini susah sangat untuk dilelapkan. Dalam bosan bosan pun, aku masih melayan Ikim.fm. Wuhuuuuu~ Alhamdulillah, ketenangan yang aku temui. :) Lepas banyak lagu yang diputarkan tadi, DJ Faiz kata selepas ini akan ada Bicara: Wanita Berwatak Muslimah oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin. Sekarang ini, bicara itu pun dah habis rasanya. Rasanya lah sebab bateri telefon bimbit Aqilah ni dah nak habis, terpaksalah menghentikan siaran radio. Hm, kembali bosan. Takpe takpe, kemas kini blog dengan ilmu yang telah aku dapat tadi :) In Shaa Allah. Sama samalah kita berkongsi ilmu, supaya ilmu yang dikurniakan tidak ditarik balik.


Baiklah, Wanita berwatak muslimah ialah wanita yang sebenar. Baiklah, aku mulakan sekarang.

Bulu kening

Allah SWT melaknat wanita yang menipiskan, mencukur dan meminta dicukurkan bulu keningnya. Tidak ada keberkatan walaupun nampak lawa.

Perhiasan

Loceng kaki, untuk menarik perhatian lelaki. Allah SWT melarang. Ada di dalam surah Nur, 31. Berhias, lawa, cantik, seksi hanya untuk SUAMI. Bukannya semua lelaki di muka bumi ini.

Wangian dan bau bauan

Memakai wangian, pentingnya apabila dengan suami. Jangan pakai wangian diluar untuk menarik perhatian orang. Mana mana wanita yang memakai wangian, dan melalui bersebelahan kaum lelaki dan berniat untuk menarik perhatian seolah olah melakukan zina.

Bahagian dada wanita

Melabuhkan tudung menutupi dada, bukannya membanggakan diri dengan menayangkannya. Kebanyakkan lelaki lemah imannya kerana bahagian dada wanita.

Gigi

Sunnah bersugi. Sabda Rasulullah SAW; 'Kalaulah tidak menyusahkan umatku, bersugilah sebelum solat.' Walaupun menjaga gigi, janganlah melebihi had sehinggakan mengikis atau mengikir gigi. Allah melaknat perbuatan itu. Dilaknat wanita yang menjarangkan giginya. Jangan sesekali mengubah ciptaanNya.

(Unsu Unafi) Wanita sebenar - muka dan leher

Sentiasa mengambil wuduk untuk muka yang jernih. Wuduk memberi cahaya. Pakai tudung jangan jarang sehingga menampakkan bentuk leher, jangan ketat dibahagian leher dan labuhkanlah sehingga menutupi bahagian dada.

Pakaian sunnah

Pakailah pakaian yang menutup aurat dan mengikut sunnah, seperti menutup aurat dan warna yang tidak menarik perhatian. Rasulullah SAW bersabda; 'Sesungguhnya seorang gadis yang sudah haid, maka tidak boleh menampakkan auratnya.'

Kenapa kita nak tiru orang kafir? Tak perlu rasanya kan? :) Seorang muslimah yang berakhlak baik, akan sentiasa menjaga maruah dirinya, serta keluarga. Jagalah wanita mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah. 

Alhamdulillah, itu sahaja yang aku pelajari hari ini dan itu sahajalah yang dapat aku kongsikan. Semoga ini semua menjadi panduan hidup kita seharian wahai kaum hawa. :) In Shaa Allah, kita semua adalah Muslimah yang cemerlang akhlaknya. Amin. :) Assalamualaikum.