SembilanPuluhLapan.
SembilanPuluhLapan.
Auni Lee.

Islam, Malaysian, girl, student, A muslimah, A khalifah of Allah SWT and an ummah of Rasulullah SAW. Allah always with me, anytime, anyhow and anywhere.

"Rasa seperti baru keluar dari perut ibu."

Syukran.

Layout: vehemency
Icon: reruntherace

Tuesday, 27 November 2012
Puji ke Perli?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ali: Assalamualaikum bro! Kacak kau harini. Heheheheeeeeeeeeeeeee.
Abu: Waalaikumussalam bro! yeke? Kau nak suruh aku belanja apa pula harini hah? Apasal kau gelak macam kucing nak terberanak ni?
Ali: Apa kau ni? Aku puji kau, ikhlas seikhlas hati aku kau tahu tak. Ingat senang ke aku nak memuji muji ni. Itu gelak comel nama dia.
Abu: Kalau ikhlas, terima kasih lah. Gelak comel? Aku dengar macam gelak perli je. Ada yang tak kena ke pada aku harini?
Ali: Hah? Tak kena? Hahahahahaha. Aku tengok semuanya kena je dengan kau. Takde apalah. Hahahahaha.
Abu: Kau ni kan. Biar betul, kalau ada yang tak kena dengan aku. Bagilah tahu.
Ali: Nah, *hulur cermin sebesar tv lcd 500 inci* kau tengoklah sendiri.
Abu: Hekeleh puih. Tahi mata je pun. Itu pun sampai nak perli aku bergunung ganang.
Ali: Yelaaa.

"Perbualan diatas hanyalah rekaan semata mata dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati."

Hai kanda serta adinda yang molek lagi tampan bergaya, lawa mempersona. <----- 100% ikhlas! *perluke?* K.
Tengah duduk goyang jari sambil berburung biru dan bermuka buku tadi, tiba tiba sahaja dapat idea baru nak kemas kini entri baru. Tepuk banyak! Sila!. ;p Teringat pula tentang puji memuji ni. 

Masa sekolah agama dulu, tak silap aku masa darjah 3. Datang sekolah dengan gembira jugalah. Hahaha. Biasalah masa budak budak, kalau cikgu takde dalam kelas masing masing buat kumpulan dan duduk satu meja. Yang perempuan, gosiplah, itulah, inilah. Lelaki, *entah, aku taktahu*. Tetiba, budak lelaki bising bising datang dekat meja budak perempuan dan mengeluarkan kata kata pujian *puih* Hahaha.

L: Weh, korang 'cantik'lah harini.
P: Oh, yeke? terima kasih daun keladi.

Bila dengar macamtu, memanglah sukakan. Mula mula memang jelas dengar 'CANTIK'. Tapi........

L: Oh, korang sukalah bila kitorang cakap macamtu?
P: Cakap apa?
L: Cakap korang 'CAM TAIK'. Hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaa.

"Lebih kurang macam itulah perbualan itu. Aku pun ingat ingat lupa. Hm."

Masa tu rasa semua kaki, tangan, siku semua nak hala dekat diorang. Tapi, kitorang pun gelak sekali. Kelakar ke? Hahahaha. Kelakar lah koooooooooot. Rupanya diorang cakap 'CAM TAIK'!!!!!!!!! Sah sah, semua pekak masa tu. Nak perasan cantik je. *Tolong sediakan baldi* K. Hahaha. Hah! Kalau macam itu, aku rasa ianya layak dikelasifikasikan sebagai satu perlian dan gurauan yang boleh mendatangkan jerawat. Okay, takde kena mengena pun sebenarnya.

Pernah juga Aqilah Mat Khalil cakap macam tu dekat aku. Masa tu kitorang memang gaduh besar punya lah. Biasalah budak budak, berebut kawan katanya. Hahahaha. Kenangan tinggal kenangan. Hm. Hah. Entri ni juga mengingatkan aku pada Ustazah Fadzilah. Mana tak nya. Beliau, kalau puji kitorang mesti nak gelak. Sampai sekarang aku masih tertanya tanya, adakah itu satu perlian ataupun pujian? Hahahaha. Alhamdulillah, dapat juga kemas kini entri baru. Dapat juga idea. Hahaha. Selamat malam, Assalamualaikum :)