|
SembilanPuluhLapan.
| |
|
Auni Lee. ![]() "Rasa seperti baru keluar dari perut ibu." Syukran.
Layout: vehemency
|
Wednesday, 31 October 2012
Tadarus Al-Quran.
Assalamualaikum ^^ Hai hai hai. Hihihi. Seronok betul hidup aku pagi 24 Ramadhan ni. Sekejap lagi jam 6 pagi nak bersiap pergi ke sekolah. Hari ini ustazah kata ustazah nak buat pemilihan tadarus. Ustazah kata ustazah pilih ramai di kalangan tingkatan 5 kerana mereka tahun akhir tahun ni. Jadi, kelas 2 Amanah ustazah hanya pilih 3 orang sahaja. Ya Allah, berharap ustazah pilih aku. Hihihi.Teringin sangat. Dah lama juga tak sertai tadarus Al-Quran ni. Semenjak naik sekolah menengah dah kurang sertai aktiviti keagamaan macam ni. Dulu masa sekolah agama, Ya Allah tak perlu nak kata lah. Setiap tahun muka aku je atas pentas wakil kelas untuk nasyid. Tapi berkumpulanlah cuma aku je kena jadi solo. Hahaha. K okay okay okay. Demi Matahari. Hahaha. Tak boleh lupa dengan lagu tu. Daripada darjah 4 lagi, kami asyik mempertaruhkan lagu itu sahaja. Sampai naik darjah 5, kami mula bawa 2 lagu sampailah darjah 6. Masa aku darjah 5, tak banyak sangat nasyid dengan kawan-kawan. Aku sertai, kumpulan senior masa tu. Alhamdulillah, dapat jadi solo juga. Hahaha. Tolong jangan mempertikaikan suara aku. Dulu merdulah, sekarang dah tuaaaaa. Suara pun macam burung gagak mungkin. Hahaha. Ingat lagi masa darjah 6, kelas 6 Abu Bakar murid perempuan sahaja. Kami menubuhkan kumpulan nasyid 'Al-Maherah'. Masa tu Maher Zain tengah naik. Jadi, kitorang banyak menyanyikan lagu Maher Zain, sampai dapat wakil sekolah. Tapi, takde rezeki nak menang. Alhamdulillah, banyak juga dapat ilmu masa sekolah agama dulu. Macam-macam belajar. Aku, dulu kalau bab pertandingan menyanyi ni semua serah dekat aku je untuk wakil kelas. Dulu memang minat gila. Tapi, sekarang apabila dah sedar apa keburukannya aku pun sudah tidak menyertai pertandingan menyanyi dekat sekolah. Tetapi, kecualilah kalau ustazah atau cikgu minta mendendangkan lagu nasyid, itu Insyaallah aku terima. Berdakwah melalui nasyid seronok apa :) Tapi, sekarang ni aku makin pemalu. Segan nak naik pentas. Hahaha. Hmm, tolong doakan aku yaa supaya terpilih dalam kalangan tiga orang yang terpilih untuk tadarus Al-Quran tu :) Insyaallah, cuba selagi boleh! Kbai. Assalamualaikum <3 |

