Raya semakin dekat dan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Tapi, tahun ni aku tak rasa nikmat Ramadhan. Mungkin nikmat Syawal pun aku tak akan merasa. Sedih sangat. Selalunya, dalam bulan Ramadhan aku selalu pergi surau dengan ayah, ibu dan adik untuk solat Tarawih. Tapi, tahun ni hanya solat di rumah sahaja. Itu aku tak kisah sangat sebab kalau kita nak beribadat tak perlu nak menunjuk-nunjuk buat Tarawih dekat rumah pun boleh dan Tarawih ni hanya sunat. Kadang-kadang yang wajib pun berterabur inikan pula nak buat yang sunat. Selalunya, Ramadhan yang lepas waktu-waktu sekarang ni selalu tolong ibu buat kuih raya, tapi tahun ni satu kuih raya pun kitorang tak buat. Tahun ni kalau nak berbuka, beli makanan dekat bazaar ataupun aku yang masak. Aku? Masak apa je reti. Haih. Yang rasa sedih sangat bila ibu kata, "nanti raya kakak dan adik ikutlah cu beraya ya. Ibu tak sihat. Ibu nak duduk rumah sahaja. Nanti kalau orang datang nak beraya, siapa nak layan?" Ya Allah, menitis air mata tahu tak. Mungkin tahun ni Allah nak menguji keluarga aku. Nak lihat betapa sabarnya kami sekeluarga menempuhi dugaanNya. Tapi, Alhamdulillah juga, kerana ada hikmah diatas segala yang berlaku sekarang. Aku dah mula sedar tanggungjawab aku sebagai seorang kakak merangkap anak sulung dalam keluarga. Aku kena bimbing adik aku kejalan yang benar. Alhamdulillah, hati ini makin menerima apa sahaja yang berlaku kerana aku percaya dengan Qada' dan Qadar Allah. Allah Maha Adil. Allah mengetahui segala-galanya. Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik kepada kita, sebab itulah Allah memberi ujian sebegini. Mungkin kerana, dahulu keluarga aku agak jahil tentang Agama. Disebabkan aku bersekolah agama, jadi ibu dan ayah hanya mengharapkan aku untuk membimbing keluarga dalam hal itu. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku mencuba untuk memperbaiki segalag kesilapan yang ada sama ada pada diri sendiri ataupun keluarga. Berkat nasihat ustaz, ustazah, cikgu dan orang disekeliling aku Alhamdulillah ianya dapat merubah diri aku sedikit demi sedikit ke jalan Allah. Aku tak pernah rasa apa yang sedang aku lalui sekarang ini suatu bebanan ataupun masalah, malah ianya suatu kebaikan yang akan muncul suatu hari nanti. Insyaallah.
Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.
Assalamualaikum warah matullah.


