SembilanPuluhLapan.
SembilanPuluhLapan.
Auni Lee.

Islam, Malaysian, girl, student, A muslimah, A khalifah of Allah SWT and an ummah of Rasulullah SAW. Allah always with me, anytime, anyhow and anywhere.

"Rasa seperti baru keluar dari perut ibu."

Syukran.

Layout: vehemency
Icon: reruntherace

Monday 31 December 2012
o-leee-deeeey-sss

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jeram.

Syuhada, Aisyah and kakak saudara mereka yang omey. Em.

Le' cousin, little sister and le' cats.

 Arab <3

Ada macam Ustazah Asni Mansor tak? Hihihi ;) Demokkknya iteww.

 Kakak cayang adik kakak yang nakal gegila ni! :*

 Datin dan Dato' wahahaha.

Omey omey omey! Cayang ibu :* muaaaah. xoxo.

 Rasa selesa pakai tudung instant telekung ni. Nak pakai spect pun senang.

Dalam perjalanan balik daripada kenduri semalam. Semoga semuanya selamat dan di bawah perlindungan Allah. Bukit Setiawangsa.

Dapat jubah bawu. Alhamdulillah!

Cayang waaaaan! :*

Ronda ronda Kuala Lumpur.

iloveyou Nurfatin Afifah binti Mohd Zamri :*

Air Panas, Labis.

Semoga berjaya 98's!
Bitaufiq wannajah

Semua kenangan semasa cuti sekolah 2012. :) Assalamualaikum. Lailatussaedah!

Nota kaki: Maaflah, gambar tak ikut turutan. Weheeeeee!




Saturday 29 December 2012
Bicara: Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrohim. Auni nak bagi pendapat sendiri risau jika ianya tidak sahih. Jadi, Auni cari dekat google dan inilah jawapannya. Ilmu ni milik Allah, tak salah jika kita berkongsi :) Jangan sampai Allah tarik balik ilmu yang kita ada! Ingat, semua ni milik Allah. MILIK ALLAH! 

Sumber: Artikel iluvislam.com

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Itu sahaja yang Auni dapat kongsikan. Seorang muslimah yang hebat adalah muslimah yang dapat mengawal hawa nafsunya dari melakukan kemungkaran dan muslimah yang hebat juga adalah muslimah yang sentiasa menjaga auratnya dengan sempurna. Assalamualaikum :)




Thursday 27 December 2012
Beghita bughuk!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Okay, sorrylah entri kali ni memang nak ber aku aku lah kan. Tak de mood apa semua. Menaip dalam keadaan sedih, marah, geram, tak puas hati semua adalah. Haih. Bahasa rojak nanti smeua aku campurkan. Yang mana typo tu buat buat paham jelah. Stress sangat dah ni. Apapun, Alhamdulillah, Auni masih dalam 3A. Tapi, serious talk 98's SMK DTHO tahun depan memang teruk gila ahh kena. Mula mula elok je kelas cikgu dah tetapkan. Harini pula, cikgu buat mesyuarat nak rombak balik. Nak adil katanya. Apapun, 98's kena usaha untuk tunjuk dekat cikgu yang 98's boleh dapat 8A's macam yang cikgu nak. In  Shaa Allah. Ramai juga ahh yang mula mula 3A then, turun 3B. Such, Hnaie, Hanis. Oh. aku sengsorang. Siapa lagi gegels satu kelas dengan aku? Actually, tak kisah sengsorang tapi aku ni dah lah ada emas dalam mulut ni nak bercaakp pun susah. Kalau takde gegels yang rapat dengan aku susah sikit nak buka mulut ni. Haih. Ateyn pula dari 3B turun 3C. Kalau dah macam tu memang takdelah masa PJK nak lompat sesama. Masa ERT nak memasak menjahit apas emua sama sama. Hm. Sabar jelah. Macam yang aku pernah cakap dulu, 'walau apapun yang jadi, aku kena redha. Kena terima qada' dan qadar Allah.' Walaupun ak sneyum sampai ke twleinga sekali pun. Dalam hati ni Allah je tahu. Mmemang aku kata aku serahkan segalanya pada Allah, dan aku rasa aku pun dah usaha untuk buat betul betul. Hm, lepas ni kena usaha untuk dapat 8A's pula lah. It's okay Auni. Small matter je. Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

Good luck 98's. May Allah always bless all of us! In Shaa Allah. Try the best. 

Nota kaki; Sorry, Auni tahu banyak typo en. Malas nak check. Sorry, bercelaru. Sorry sorrry sorry!